KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya supaya bertemu bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Hasan Arifin bagi mendapatkan 'garis panduan' berhubung keterangannya kepada PAC pada 2016.
Mohd Bakke, 68, berkata beliau menerima panggilan daripada bekas perdana menteri itu kira-kira dua minggu sebelum prosiding PAC pada 11 Feb 2016.
"Saya menerima panggilan daripada Najib meminta saya berjumpa dengan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin. Beliau mengajak saya berjumpa di rumah Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, bekas pengarah urusan TV3. Dan kalau saya boleh ingat, panggilan telefon daripada PM, pastinya sebelum prosiding PAC.
"Beliau mahu saya berjumpa dengan Hasan Arifin dan juga Datuk Farid Ridzuan, hanya untuk memastikan kita semua memahami secara kasar apa yang perlu dikongsi atau diperkatakan di PAC, dan itulah intipatinya, semacam keharmonian. Pada masa itu yang menjadi perhatian adalah untuk menjaga reputasi PM, bimbang akan kejatuhan daripada perkara 1MDB ini, saga 1MDB.
"Saya kata ok, tetapi saya juga sebutkan kepada PM, kebimbangannya akan reda jika saya tidak dipanggil ke prosiding ini, itu lebih baik, tetapi bukan itu yang berlaku, saya dipanggil," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Saksi itu selanjutnya berkata beliau bertemu Hasan dua kali pada dua hari berbeza di rumah Farid di Kiara Hills, dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir pada mesyuarat pertama dan kemudian Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hadir pada mesyuarat kedua.
"Saya beranggapan bahawa Hasan dan Ahmad Farid hanya cuba untuk membuat saya menjadi lebih akomodatif, jangan terlalu keras dengan keterangan atau jawapan kepada PAC, jangan cuba mengelak perkara tertentu kerana ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau nama Jho Low pun dianggap tabu, tidak boleh sebut," katanya.
Muhammad Shafee: Tan Sri, apakah perkara yang dianggap "sensitif"?
Mohd Bakke: Dua perkara, satu, nama Jho Low, satu lagi PM... cuba jangan buat sebarang rujukan kepada PM, cuba cakap dari segi pengurusan, lebih kepada usaha pengurusan.
Mohd Bakke berkata beliau hanya mendengar kerana beliau tahu apa yang akan beliau perkatakan pada siasatan PAC dan beliau tidak akan menjejaskan keterangannya pada siasatan PAC.
"Saya tidak akan membenarkan sesiapa mempengaruhi saya. Jadi saya hanya akan mengaitkan perkara itu, kerana itu adalah perkara yang benar, jadi saya akan berterus terang," kata saksi itu.
Menjawab soalan lain, saksi itu berkata Jho Low adalah perantara antara 1MDB dan Najib dan bukan nomini kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. - fotoBERNAMA
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.